BlackBerry Z3 - Kata laluan dan mengunci

background image

Kata laluan dan mengunci

Terdapat beberapa jenis kunci, PIN dan kata laluan yang boleh anda gunakan untuk membantu melindungi peranti

BlackBerry anda.
Jika anda menggunakan peranti untuk melakukan kerja, organisasi anda mungkin telah meletakkan tetapan keselamatan

seperti memerlukan kata laluan untuk membuka kunci peranti anda.

BlackBerry ID

BlackBerry ID ialah alamat e-mel dan kata laluan yang memberikan anda akses ke tapak web BlackBerry , aplikasi dan
perkhidmatan. Jika anda menukar peranti BlackBerry anda, BlackBerry ID anda boleh membantu memindahkan data ke
peranti baru anda.. Jika anda menghidupkan BlackBerry Protect dan peranti anda hilang atau dicuri, seseorang yang
menjumpai peranti anda tidak boleh menyediakan peranti tersebut tanpa mengetahui BlackBerry ID anda.
Pastikan anda menggunakan BlackBerry ID yang sama untuk semua peranti BlackBerry anda.
Daftar masuk dengan BlackBerry ID anda untuk melakukan perkara berikut dan banyak lagi:

• Hidupkan BlackBerry Protect untuk membantu mencari peranti anda dan melindungi data di peranti anda jika peranti

hilang atau dicuri.

• Jejaki pembelian aplikasi dan pilihan bayaran anda dalam kedai BlackBerry World.
• Gunakan ciri BBM, seperti menyandarkan dan mengalih kenalan BBM ke peranti BlackBerry baru.

Penguncian kata laluan dan penguncian skrin

Semasa peranti anda dikunci, anda masih boleh menerima pemberitahuan e-mel dan mesej teks (SMS dan MMS) yang
baru, membuat panggilan telefon kecemasan, melihat paras cas bateri anda, menetapkan penggera atau mengambil
gambar.
Untuk menjimatkan kuasa bateri dan mengelakkan tertekan kekunci secara tidak sengaja, kunci skrin. Untuk membantu
mengelakkan penggunaan peranti anda yang tidak dibenarkan, anda perlu menetapkan kata laluan peranti. Untuk
keselamatan tambahan, anda juga boleh menyediakan dua faktor pengesahan dan menggunakan kad pintar untuk
membuka kunci peranti anda.
Dalam tetapan paparan dan keselamatan, anda boleh menetapkan peranti anda untuk dikunci dengan sendirinya selepas
satu tempoh tidak aktif yang tertentu. Anda juga boleh menulis mesej tersuai yang dipaparkan pada skrin yang dikunci.
Jika anda lupa kata laluan anda, ia tidak boleh dipulihkan. BlackBerry mengesyorkan supaya anda membuat sandaran
data anda dengan kerap. Secara lalainya, atas sebab keselamatan, data peranti anda dipadamkan apabila kata laluan
yang salah dimasukkan sebanyak sepuluh kali.

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

291

background image

BlackBerry Balance dan kata laluan ruang kerja

Jika anda mengaitkan peranti anda dengan rangkaian organisasi anda, pentadbir anda mungkin menghidupkan teknologi
BlackBerry Balance . BlackBerry Balance direka bentuk untuk mengasingkan dan melindungi bahagian peranti anda
sebagai kerja sahaja atau peribadi sahaja.
Pentadbir anda mungkin memerlukan anda untuk menetapkan kata laluan ruang kerja untuk melindungi fail, aplikasi dan
data yang dikaitkan dengan organisasi anda seperti akaun e-mel tempat kerja anda. Pentadbir anda menetapkan
peraturan untuk mengawal sama ada anda boleh menggunakan kata laluan yang sama bagi kedua-dua ruang kerja dan
peranti anda.
Jika anda memasukkan kata laluan ruang kerja anda lebih daripada bilangan yang dibenarkan, ruang kerja anda dan
kandungan di dalamnya akan dipadamkan. Anda boleh mengurangkan atau meningkatkan bilangan percubaan kata
laluan kerja yang dibenarkan dalam tetapan BlackBerry Balance anda.
Nota: Pentadbir anda mungkin tidak membenarkan anda menukar beberapa pilihan kunci kata laluan untuk ruang kerja
anda, seperti keperluan kata laluan atau tempoh tamat masa, dan menggunakan kata laluan sama untuk ruang kerja dan
peranti anda.

Kod kunci dan buka kunci rangkaian

Untuk menggunakan kad SIM daripada pembekal perkhidmatan yang lain, contohnya, jika anda sedang dalam perjalanan
dan ingin menggunakan rangkaian pembekal perkhidmatan tempatan, anda boleh meminta kod buka kunci (kod MEP)
daripada pembekal perkhidmatan semasa anda dan menukar tetapan Kunci Rangkaian Telefon untuk kad SIM anda.
Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kod buka kunci, kad SIM anda hanya akan
membenarkan panggilan kecemasan sahaja. Untuk bantuan, anda boleh menghubungi pembekal perkhidmatan anda.

PIN kad SIM

Anda boleh menetapkan dua PIN berlainan untuk kad SIM dalam peranti anda. Anda boleh menggunakan PIN kad SIM
untuk membantu menghalang penggunaan kad SIM anda tanpa kebenaran dalam peranti lain. Contohnya, jika anda
kehilangan kad SIM anda dan seseorang cuba menggunakannya dalam peranti lain, kad SIM tidak dapat digunakan
melainkan PIN dimasukkan dengan betul. Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan
PIN kad SIM, kad SIM anda akan berhenti berfungsi. Untuk membuka sekatan kad SIM anda, hubungi pembekal
perkhidmatan wayarles anda untuk mendapatkan kod PUK.
PIN2 kad SIM direka bentuk untuk mendayakan ciri telefon tertentu seperti dailan tetap.
Untuk mendapatkan PIN kad SIM, hubungi pembekal perkhidmatan anda dan hidupkan keselamatan kad SIM dalam
tetapan keselamatan anda.

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

292