BlackBerry Z3 - Mengenai BlackBerry ID

background image

Mengenai BlackBerry ID

BlackBerry ID memberikan anda akses mudah ke berbilang produk dan perkhidmatan BlackBerry. Selepas anda

membuat BlackBerry ID, anda boleh menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda untuk log masuk ke mana-mana

produk BlackBerry yang menyokong BlackBerry ID. Dengan BlackBerry ID, anda boleh menguruskan aplikasi yang telah

dimuat turun daripada kedai BlackBerry World dan memuat turun aplikasi semasa anda menukar peranti. Anda harus

mendaftar masuk dengan BlackBerry ID yang sama pada semua peranti BlackBerry anda.
Jika anda membuat BlackBerry ID sebelum ini, anda hendaklah menggunakannya apabila anda menyediakan peranti baru

anda dan bukannya membuat BlackBerry ID yang baru. Anda boleh log masuk ke tablet dan telefon pintar menggunakan

BlackBerry ID yang sama.