laluan BlackBerry ID saya yang hilang atau yang telah
saya lupa?
Anda boleh meminta untuk dihantarkan arahan mengenai cara untuk menetapkan semula kata laluan BlackBerry ID anda
ke alamat e-mel yang anda gunakan sebagai nama pengguna BlackBerry ID anda. Atas sebab keselamatan, kata laluan
BlackBerry ID anda tidak boleh ditetapkan semula untuk anda.
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada komputer, lawat
www.blackberry.com/blackberryid
. Klik Tetapkan
semula kata laluan anda. Lengkapkan arahan pada skrin.
• Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada peranti BlackBerry anda, semasa anda diminta untuk mendaftar
masuk dengan BlackBerry ID anda, klik Terlupa Kata Laluan. Jawab soalan keselamatan anda dan lengkapkan arahan
pada skrin.
Selepas anda melengkapkan langkah-langkah di atas, anda akan menerima e-mel penetapan semula kata laluan. Jika
anda melengkapkan langkah untuk menetapkan semula kata laluan anda pada komputer, e-mel penetapan semula kata
laluan hanya boleh dilihat pada komputer dan tidak dihantarkan kepada peranti anda. Jika anda mengikut langkah untuk
menetapkan semula kata laluan anda pada peranti anda, e-mel penetapan semula kata laluan akan dihantarkan kepada
peranti anda. Lengkapkan arahan dalam e-mel untuk menetapkan semula kata laluan BlackBerry ID anda.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
43