BlackBerry Z3 - Memadam data pada peranti BlackBerry anda

background image

Memadam data pada peranti BlackBerry anda

Selepas anda memindahkan data ke peranti baru BlackBerry 10 anda, pertimbangkan untuk memadam semua data di
peranti BlackBerry lama anda. Pemadaman keselamatan direka bentuk untuk memadamkan secara kekal data anda
supaya data itu tidak boleh dipulihkan. Ini termasuklah akaun e-mel, aplikasi yang dimuat turun, fail media, dokumen,
penanda halaman pelayar dan tetapan.
Apabila pemadaman keselamatan selesai, peranti anda mati secara automatik. Untuk menghidupkan peranti anda, tekan
kekunci Kuasa/Kunci.

Panduan Pengguna

Persediaan dan asas

38

background image

Padam bersih data pada peranti yang menjalankan BlackBerry OS (versi

5.0 - 7.1)

1. Pada skrin utama peranti anda, ketik aplikasi Pilihan.
2. Ketik Keselamatan atau Pilihan Keselamatan.
3. Ketik Pemadaman Keselamatan.
4. Pilih item yang ingin dipadam.
5. Taip blackberry.
6. Ketik Padam Data atau Padam Bersih.

Memadam data pada peranti yang menjalankan BlackBerry 10 OS

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan.

3.

Ketik Keselamatan dan Privasi > Pemadaman Keselamatan.

4.

Taip blackberry.

5.

Ketik Padam Data.

Jika anda merancang untuk memberi atau mengitar semula peranti anda, jangan lupa untuk mengeluarkan kad SIM dan
kad media anda.