BlackBerry Z3 - Mengenai BlackBerry Balance dan ruang kerja anda

background image

Mengenai BlackBerry Balance dan ruang

kerja anda

Teknologi BlackBerry Balance membantu menangani urusan keselamatan korporat tanpa mengehadkan penggunaan

peribadi peranti BlackBerry anda. Jika pentadbir anda menghidupkan BlackBerry Balance, data peranti, aplikasi dan

akses rangkaian diasingkan supaya anda mempunyai ruang kerja dan ruang peribadi. Ruang yang diasingkan membantu

anda mengelakkan aktiviti seperti menyalin data kerja ke dalam aplikasi peribadi secara tidak sengaja atau memaparkan

data kerja sulit semasa bersembang BBM Video. Jika pentadbir anda menghidupkan BlackBerry Balance, pentadbir anda

juga boleh menentukan dasar keselamatan yang menghidupkan dan mematikan ciri pada peranti anda. Untuk maklumat

mengenai dasar keselamatan yang ditetapkan pada peranti anda, hubungi pentadbir anda.
Secara lalainya, peranti anda menggunakan ruang peribadi. Anda boleh menggunakannya untuk aktiviti seperti

mengambil gambar, memuat turun video, bermain permainan dalam talian, menyimpan fail pada kad media dan mengirim

ke laman web rangkaian sosial.
Dalam ruang kerja anda, anda boleh mengakses e-mel, kenalan dan kalendar kerja anda, membuat dokumen kerja dan

menyemak tapak intranet korporat. Ruang kerja anda boleh menyertakan versi BlackBerry World berasingan yang

mengandungi aplikasi yang dibenarkan untuk dimuat turun dan digunakan di tempat kerja. Jika ruang kerja anda

dilindungi dengan kata laluan, anda harus membuka kunci ruang kerja anda untuk mengakses data kerja anda.
Anda boleh mengakses data peribadi dan data kerja dari tempat tertentu seperti Carian.