BlackBerry Z3 - Di manakah gambar yang baru sahaja saya ambil?

background image

Di manakah gambar yang baru sahaja saya ambil?

Nota: Kamera mungkin tidak tersedia bergantung kepada model peranti BlackBerry anda.
Jika peranti anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance, anda mempunyai aplikasi Kamera di ruang peribadi anda
dan satu lagi di ruang kerja anda. Gambar dan video yang diambil menggunakan kamera di ruang peribadi anda disimpan
di ruang peribadi anda. Semua fail yang disimpan pada kad media anda juga disimpan di ruang peribadi anda. Gambar
dan video yang diambil menggunakan aplikasi Kamera di ruang peribadi anda disimpan di ruang peribadi anda. Lampiran,
termasuk gambar dan video, yang disimpan daripada mesej e-mel kerja boleh diakses hanya di ruang kerja.
Contohnya, dalam BBM yang merupakan aplikasi peribadi, untuk mencipta gambar profil, anda boleh menggunakan
gambar yang diambil menggunakan kamera di ruang peribadi anda atau gambar yang dimuat turun daripada mesej e-mel
yang dihantar ke akaun e-mel peribadi. Anda tidak boleh menggunakan gambar yang diambil menggunakan kamera di
ruang kerja anda atau gambar yang dimuat turun daripada mesej e-mel yang dihantar ke akaun kerja anda. Aplikasi
peribadi tidak boleh mengakses gambar dan dokumen di ruang kerja anda.

Nota: Dalam ruang kerja anda, jika anda mengetik ikon kamera di bahagian bawah skrin

, aplikasi Kamera dari ruang

peribadi anda akan dibuka di ruang kerja anda. Untuk membuka kamera ruang kerja anda, ketik ikon aplikasi Kamera
pada skrin utama.

Panduan Pengguna

Produktiviti dan kerja

282