BlackBerry Z3 - Tukar kata laluan ruang kerja anda

background image

Tukar kata laluan ruang kerja anda

Anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang kerja dan kata laluan peranti
BlackBerry anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > BlackBerry Balance. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk menukar kata laluan ruang kerja anda, ketik Tukar Kata Laluan. Taipkan kata laluan ruang kerja anda.

Taipkan kata laluan baru.

• Untuk membuka kunci ruang kerja dan peranti anda menggunakan kata laluan yang sama, hidupkan suis

Gunakan sebagai kata laluan peranti saya. Taipkan kata laluan peranti anda. Taipkan kata laluan ruang kerja

anda.

Panduan Pengguna

Produktiviti dan kerja

278

background image

• Untuk menukar bila ruang kerja anda secara automatik terkunci, dalam senarai juntai bawah Kunci Ruang Kerja

Selepas, pilih selang masa.

• Untuk menetapkan bilangan maksimum kesilapan menaip kata laluan ruang kerja anda, dalam senarai juntai

bawah Had Cubaan Kata Laluan, pilih nombor.

Pastikan anda tidak lupa kata laluan ruang kerja anda. Jika anda lupa kata laluan anda, hubungi pentadbir anda untuk
menetapkannya semula. Jika anda telah melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kata laluan
ruang kerja anda, ruang kerja anda dan semua kandungannya akan dipadamkan.