BlackBerry Z3 - Cas peranti anda

background image

Cas peranti anda

Sebelum anda mula menggunakan peranti BlackBerry anda, anda perlu mengecasnya kerana bateri yang disertakan
dengan peranti anda tidak dicas sepenuhnya.

Panduan Pengguna

Tetapan

139

background image

Cas peranti anda menggunakan pengecas yang disediakan oleh BlackBerry di dalam kotak yang didatangkan bersama
peranti anda. Anda juga boleh mengecas peranti anda menggunakan kabel USB dengan menyambungkannya ke
komputer tetapi cara ini mengambil masa lebih lama.
AWAS: Pengecas lain mungkin tidak memberikan kuasa yang mencukupi dan mungkin merosakkan peranti anda.

Pegang kabel dengan logo BlackBerry (

) menghadap ke atas, dan sambungkan kabel ke port USB di peranti anda.

Pasangkan pengecas ke salur keluar elektrik.

Memastikan bateri anda dicaj

Peranti BlackBerry anda menggunakan bateri litium-ion. Untuk memaksimumkan penggunaan jenis bateri ini, jika boleh,
lakukan perkara berikut:

• Elakkan daripada menggunakan peranti anda semasa mengecas untuk membantunya mengecas lebih cepat.
• Cas peranti anda dengan kerap walaupun jika cas bateri masih banyak.
• Elakkan daripada mengecas, mengguna atau menyimpan peranti anda di tempat yang terlalu panas atau sejuk seperti

pada papan pemuka kenderaan.

• Elakkan daripada membiarkan peranti anda dimatikan dengan paras kuasa bateri yang rendah bagi satu tempoh masa

yang lama.

• Jika peranti anda mempunyai bateri yang boleh ditanggal dan anda tidak menggunakan peranti anda lebih daripada

beberapa hari, cas sebahagian bateri. Anda boleh keluarkan bateri dan menyimpannya di tempat yang kering pada
suhu bilik untuk menjimatkan kuasa bateri.

Panduan Pengguna

Tetapan

140