BlackBerry Z3 - Menaip dalam bahasa yang lain

background image

Menaip dalam bahasa yang lain

Anda boleh menetapkan peranti BlackBerry anda untuk mengecam tiga bahasa input yang berbeza apabila anda menaip.

Sambil anda menaip, peranti anda akan membuat ramalan berdasarkan setiap satu daripada kelompok bahasa.

Contohnya, jika anda menggunakan bahasa paparan berasaskan Latin, ramalan muncul bagi sebarang bahasa berasaskan

Latin yang dikonfigurasikan. Begitu juga, jika bahasa paparan anda adalah Korea, ia tidak akan memaparkan cadangan

berasaskan bahasa Arab atau Latin. Apabila anda menetapkan lebih daripada satu bahasa menaip, anda mungkin perlu

mempertimbangkan perkara berikut:
• Sesetengah bahasa, seperti bahasa Thai dan Arab, mempunyai lebih banyak aksara dalam abjad daripada kekunci

yang ada pada papan kekunci. Anda perlu menggunakan gabungan ketikan kekunci untuk mengakses aksara kedua

Panduan Pengguna

Tetapan

181

background image

atau ketiga pada kunci tertentu. Untuk maklumat mengenai cara mengakses aksara jenis ini, lihat bantuan untuk

menaip dalam bahasa tersebut.

• Bahasa yang berbeza mungkin mempunyai reka letak papan kekunci yang berbeza. Contohnya, bahasa Inggeris

Amerika menggunakan reka letak papan kekunci QWERTY, tetapi bahasa Perancis menggunakan reka letak papan

kekunci AZERTY. Sesetengah kekunci muncul di lokasi yang anda tidak biasa gunakan.

• Bahasa yang sama mungkin mempunyai reka letak papan kekunci yang berbeza sedikit. Contohnya, banyak bahasa

menggunakan reka letak papan kekunci QWERTY. Walau bagaimanapun, bahasa Denmark, Sepanyol dan Romania

menyertakan aksara yang berbeza pada papan kekunci asas yang tiada pada reka letak papan kekunci QWERTY.

• Sesetengah bahasa yang disokong, seperti bahasa Ibrani, Parsi dan Arab, membaca dari kanan ke kiri. Jika anda

menukar kepada salah satu bahasa ini daripada bahasa kiri ke kanan di tengah-tengah ayat, peranti anda secara

automatik meletakkan aksara yang anda taip di sebelah kiri kursor. Apabila anda menukar kembali kepada bahasa kiri

ke kanan, anda perlu mengalih kursor anda ke sebelah kanan teks.