BlackBerry Z3 - Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan peranti

background image

Menukar bahasa BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan

peranti

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik Tetapan

untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan.

3.

Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4.

Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca

Skrin.

5.

Leret ke bawah dengan dua jari untuk menatal ke bahagian bawah tetapan BlackBerry Screen Reader.

6.

Ketik Bahasa Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Bahasa Pembaca Skrin dan membuka senarai juntai bawah bahasa.

7.

Ketik pada bahasa untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk memilih bahasa.

8.

Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad,

cuba elakkan dari menyentuh trackpad semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas

dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua

jari untuk menutup aplikasi.

• Dwiketik

di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik

di penjuru kiri bawah

skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,

dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

Panduan Pengguna

Tetapan

204