Memilih cadangan perkataan yang dipaparkan semasa
anda menaip
Peranti BlackBerry anda direka bentuk untuk mempelajari apa yang biasa anda sebut dan di mana anda biasa
menyebutnya dalam ayat. Peranti anda menggunakan maklumat ini untuk cuba meramal perkataan yang mungkin anda
taipkan seterusnya dan memaparkan perkataan yang dicadangkan pada Papan Kekunci BlackBerry. Kemudian anda
boleh menggunakan penaipan kuis untuk memilih dengan cepat perkataan yang dicadangkan dengan meletakkan jari
anda betul-betul di bawah perkataan dan kuisnya ke atas ke arah skrin.