BlackBerry Z3 - Rangkaian mudah alih

background image

Rangkaian mudah alih

Sambungan rangkaian mudah alih membenarkan peranti BlackBerry anda membuat panggilan dan, jika anda mempunyai

pelan data, menggunakan perkhidmatan seperti menyemak lalu Internet. Di sesetengah lokasi, seperti di hospital atau

dalam kapal terbang, anda perlu mematikan sambungan rangkaian mudah alih anda tetapi biasanya anda boleh

membiarkan sambungan rangkaian mudah alih dihidupkan.
Dalam kebanyakan kes, peranti anda bersambung dengan rangkaian wayarles yang sesuai apabila anda berjalan di luar

kawasan liputan pembekal perkhidmatan wayarles anda. Jika anda tidak pasti sama ada peranti anda telah disediakan

untuk perayauan atau kadar bayaran perayauan yang akan dikenakan, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak

dengan pembekal perkhidmatan wayarles sebelum anda membuat perjalanan.