Menyambung ke peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast
Anda boleh memaparkan skrin peranti BlackBerry anda secara wayarles di peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast, seperti
televisyen atau projektor bilik lembaga pengarah.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3.
Jika suis Wi-Fi dimatikan, hidupkan suis.
4.
Ketik Miracast > Perkongsian Skrin.
5.
Ketik peranti yang anda ingin paparkan skrin anda.
Untuk berhenti memaparkan skrin anda, pada skrin Wi-Fi, ketik Miracast > Putuskan Sambungan.